Assalamualaikum.. and very good night.. ahaha.. cam pelik jer ayat..
Kau orang mesti dapat teka tajuk aku kali ini pasal siapa.. kan, kan, kan.. (peace..buat muka comel plak..hee). Okey..cerita dia macam ini.. Pada zaman dahulu.. (skema pulak ayat). Ok, sorry.. cerita die macam ni.. Hari ini aku ada ganti guru yang mengajar murid darjah satu. Hari ini, ajar dia orang tak adalah tension sangat. Sebab murid-murid aku ni dengar cakap..haha..ok,dah mula merepek pula. Sebelum balik, macam biasa dia orang baca doa then ucapkan terima kasih. Tapi, ada satu perkara yang mengagumkan aku ialah time salam dengan aku(aku kalau salam cikgu tak kata apa-apa dah.Salam terus chow hehe..jahat kan..).
Tapi, tersangatlah comel diaorang ni. Lepas salam, then ada beberapa orang murid cakap TERIMA KASIH USTAZAH KERANA MENGAJAR HARI INI (Ok..kau orang nampak kan..aku siap highlight lagi..hehehe) Kalau kau orang jadi aku, apa kau orang rasa time tu. ok fine, kalau kau orang rasa itu perkara biasa. Tapi bagi aku, itu perkara LUAR BIASA. Terharu sangat time tu, sebab aku rasa di hargai oleh seorang guru, walaupun hanya menggalas tugas sebagai guru ganti. Betul kata orang. TUGAS SEORANG GURU INI SANGATLAH MULIA .. Lagipun GURU DAN PELAJAR ITU KAN SALING MELENGKAPI ...
Doa saya: Semoga murid-murid tadi akan sentiasa berbakti dan berbuat baik dengan ibu bapa, guru dan masyarakat, agama dan negara. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Juga sentiasa mengingati ALLAH sebagai pencipta mu anak-anak. ^_^
p/s: BERBUAT BAIKLAH DENGAN GURU. INSYALLAH ILMU YANG DIPEROLEHI ITU AKAN MENDAPAT KEBERKATAN.
Hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu
tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari daripada guru”
Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH,
Yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
Semoga cerita saya menjadi tauladan kepada pembaca.... Sekian wassalam.. ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment