Kalau di lihat daripada topik yang aku nak bincang hari ini adalah mengenai kanak-kanak. Beberapa hari yang lepas. Aku ada pergi ke rumah seorang kawan emak aku, apa yang aku dapat lihat adalah satu tikar yang comel. Zaman sekarang kalau kau orang perasan ada tikar yang untuk kanak-kanak yang ada macam-macam gambar animasi. Aku tahu pun sebab emak aku ada beli, dan aku pernah lihat saudara-mara aku pakailah.
Apa yang aku nak cerita adalah gambar animasi yang terdapat pada tikar kawan emak aku itu adalah gambar haiwan, buah serta nama haiwan dan buah itu. Maksudnya kanak-kanak dapat belajar jenis haiwan, nama haiwan dan nama buah-buahan. Apa yang aku tidak puas hati adalah kesalahan ejaan dan kesalahan nama haiwan. Aku tidak tahu tikar itu daripada mana dan apa yang aku tahu ia amat tidak bersesuaian untuk kanak-kanak belajar.
Tak seronok kan kalau cerita tidak ada gambar. Aku sempatlah snap beberapa kesalahan yang terdapat dekat tikar tu.(Slumber tak..hehehe..)
Ini kesalahan yang paling ketara. Selama aku hidup tak pernah pula aku sebut ZIRAFAH sebagai JERAPAH.. |
ELANG. Setahu aku ini adalah HELANG. Permulaannya huruf H. |
TOMATO jadi TOMAT. Juga, QURMA sepatutnya ejaan yang betul adalah KURMA. |
APEL. yang betul adalah EPAL. Huruf E permulaanya bukan A |
Apa yang aku risaukan adalah kanak-kanak. Bila terdapat kesalahan sebegini ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting agar mereka tidak mengikut perkara yang salah.
Sampai sini sahaja lah. Masalah yang dapat aku kupaskan. Jika mempunyai pendapat bolehlah berikan dan tegurlah aku jika, aku membuat silap.
Sekian terima kasih. Wassalam.. ^_^
ish-ii..teruk betol..sapa lar yang bodoh sngat tu.. ejaan pon salah..
ReplyDeletebiasalah..manusia..mana ada yang sempurna..
ReplyDelete