JellyPages.com

Thursday, July 25, 2013

Rama-rama yang cantik


GAYA BAHASA DALAM KOMPONEN SASTERA


ASONANSI ialah perulangan bunyi vokal dalam baris :
Anak ayam biasa mencakar abu sekam di sana (bunyi vokal a)
ALITERASI  ialah perulangan bunyi konsonan dalam baris :
Kekasihku hilang entah ke mana (bunyi konsonan k) 
ANAFORA pula ialah perulangan awal baris pada baris seterusnya :
awan berarak menghilang
awan bersinar mendung jiwaku          
      (awan diulang 2 kali pada baris 1 dan 2) 
RESPONSI pula ialah perulangan kata pada tengah baris yang berikutnya  
Sayang indah pergi Johor
Dia yang kupinta pergi datang                      
      (pergi diulang 2 kali pada baris 1 dan 2)

EPIFORA pula adalah sebaliknya dengan anafora itu perulangan kata akhir baris pada baris berikutnya :
tembamnya pipiku seenak nangka madu berulas
pipinya indah tapi tak sama denganku yang  berulas 
(kata berulas diulang di akhir baris 1 dan 2) 
SIMILE Ialah sesuatu bandingan yang menggunakan kata bagai, umpama, seperti dan bak dalam sesuatu baris sajak :
letihku bagai setahun bertapa
seperti meraung harimau bunyinya kereta
cintaku kejauhan umpama pungguk dan bulan
esakan sedihnya bak anak kehilangan ibunya
      
      PERSONAFIKASI iaitu unsur-unsur bukan manusia yang diberikan sifat perbuatan / tindak tanduk manusia :
pohon nyiur melambai-lambai 
ombak berhambur kejar mengejar
METAFORA iaitu  unsur-unsur konkrit yang dibandingkan dengan unsur tidak konkrit (tidak boleh disentuh/rasa ) :
Tekukur temanku mesra 
Lautan membiru beralun duka 
Ombak rindu membadai hatinya yang lara
HIPERBOLA bermaksud perbandingan yang melampau :
 lautan api sanggup kurenangi
seribu tahun kembali juga 
INVERSI bermaksud gaya bahasa terbalik :
Aduhai adinda berpesan adik 
sepatutnya - Aduhai adinda adik berpesan
SINKOF bermaksud singkatan yang digunakan dalam puisi atau prosa :
pipinya indah tapi tak sama denganku yang  berulas
Tekukur temanku mesra 
ALUSI: Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk kepada sesuatu 
peristiwa atau tokoh besar.
Contoh:  Kehebatan Abu Bakar
Kemusnahan perang

AMBIGUITI: Sejenis gaya bahasa yang mempunyai pengertian/tafsiran yang lebih
daripada satu makna/maksud.
Contoh:           Pasang
                       Mereka

AFORISMA:
Kata-kata pujangga/kata-kata hikmat
Contoh:           Patah tumbuh hilang berganti
Berpantang maut sebelum ajal

APAKOP:
 Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat.
Contoh:           Bukan duit yang diutamakan.
Tidak bercakap dengan orang ramai. 

BAHASA PERBANDINGAN LANGSUNG:
Sejenis gaya/unsur bahasa yang menggunakan kata kopula /penegas
dalam ayat.
Contoh: Kau adalah ibu pertiwiku/ Malaysia ialah tanah airku.

BAHASA KLASIK/LAMA:
Contoh: Hatta /sahibul hikayat /syahdan /maka /riwayat /arakian

BAHASA ISTANA:
Contoh: ampun /dipersembahkan /daulat tuanku /ke bawah duli tuanku /ayapan

BAHASA ASING ( INGGERIS/ARAB ):
Contoh: nite club /syiling /virus /sindrom /salam /syukur /tafsir /insya-Allah Taala.

BAHASA DAERAH:
Contoh: inak-inak /merayap mesiu /nanar /beroyat.
RESPONSIF:

Pengulangan perkataan yang sama di tengah baris/ayat secara berturut.
Contoh: Asalkan bergaya itulah kaya
             Asalkan berkilat itulah intan
EPIFORA:

Pengulangan perkataan yang sama di akhir baris/ayat secara berturut.
Contoh: Susah buatan sendiri
             Akhirnya menyesal diri sendiri
DIFTONG:

Gabungan dua huruf vokal menjadi satu bunyi dalam perkataan.
Contoh: Kuala/piala/harimau/gua.

SIMBOL/IMEJ/PERLAMBANGAN
Contoh: ombak /kapas /merpati /neraka /darah /bunga /bulan.
DIKSI TEPAT/MENARIK/BERKESAN:
Contoh: rincis /menggapai /meratah /senggara /fenomena /flora dan fauna /pawana.

ALKAIS/KLISE:

Bahasa/perkataan usang yang hampir pupus kerana jarang sekali digunakan.
Contoh: Ilmu hisab /tawarikh /khutub khanah /kolah /ilmu alam.

SATIRA

Bahasa/ayat yang membawa maksud sindiran/mengenakan seseorang.
Contoh: Janda mata duitan itu /perempuan ibu ayam /ayam menang kampung tergadai.

KONTRADIKSI/PARADOK:

Bahasa /ayat yang membawa maksud berlawanan /berlainan dengan maksud asal.
Contoh: Aku ketawa dalam kesedihan /hidupnya kaya dengan kemiskinan.

DIALOG:

Perbualan/percakapan lebih daripada seorang watak /pelakon.

BAHASA BERIRAMA/RUNS:
Contoh: Yang buta datang bertongkat, yang kurap memikul buluh, yang pekak memasang   meriam. Hebat nabi kerana mukjizat, hebat manusia kerana muafakat. Bulat manusia kerana muafakat bulat air kerana pembentung. Ke gunung sama di daki ke lurah sama dituruni. Hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah.

BAHASA MELANKOLIK:
Bahasa/ayat yang membawa maksud sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu.
Contoh: Si pengemis itu menitis air mata mengenangkan nasib malang dirinya yang sebatang kara/Bagiku dalam hidup ini tidak ada lagi rasa gembira kerana yang selebihnya ialah kesedihan dan penderitaan.


Tuesday, June 18, 2013

SAHABAT

Assalamualaikum...
   Dah lama rasanya tak memasukkan entri blog ni.. hurrmm..
Nak cerita pasal ap ek..

Rasenya da lama tak update blog ni..macam-macam benda yang terjadi dalam diri aku.. Means.. hal peribadi.. (tak nak kongsi pun.. )

Entri kali ini. Aku nak bercerita mengenai sahabat. Bukan sahabat aku je. Semua sahabat la.

Perkataan SAHABAT... KAWAN, RAKAN.. perkataan yang berbeza..tp mempunyai makna yang sama.
Kawan ramai sangat yang boleh dijumpai, dimiliki... Tapi.. nak cari yang BETUL-BETUL SAHABAT, BETUL-BETUL KAWAN.. HANYA SATU DALAM SERIBU,.. ATAU SATU DALAM SEJUTA.. ATAU MUNGKIN.. DALAM MIMPI JE..

Pengalaman aku berkawan.. Actually, rakan-rakan aku semua bagus-bagus, baik-baik .. dan paling best .. Kawan-kawan aku ni.. gila-gila dan sporting. Kalau dengan dia orang je. Tak sah kalau tak gelak. Kadang-kadang gelak rasa macam sampai nak pecah perut.

Tapi itula. Kadang-kadang dalam berkawan pun. Tidak sah kalau tak terasa hati, sentap dan sebagainya. Gurau-gurau then tetibe tersentap. Salah faham pun ada. Sebenarnya, semua benda tu. menguji tahap kesabaran kita dan cara kita mengawal masalah yang datang.

Sebab itula.. bila ada yang terasa hati. Perlu adanya sesi perbincangan dan luahan hati. (Maknanya face to face, luahkan apa yang tak puas hati.. Jangan cakap-cakap belakang)

Bila da face to face. Tengok jela.. mesti ada salah seorang akan turunkan "hujan" .. Terasa dengan perbuatan kawan-kawan. Masa tula.. keluar semua suara besar, marah-marah, dan macam-macam la.

Rasa kelakar pun ada.
Tapi tula. Walau siapa pun dia, buruk macam mana pun dia. Bila dia sering bersama kita susah dan senang, sering membahagiakan hari-hari kita dan sering memahami kita. dia tetap SAHABAT SEJATI.

KALAU KITA NAK ORANG MEMAHAMI KITA, KITA KENALAH MEMAHAMI ORANG LAIN.
KALAU NAK ORANG MENGHARGAI KITA, KITA KENALAH MENGHARGAI ORANG LAIN.
Semua benda tu. berbalik dekat kita. KALAU KITA BAIK DENGAN ORANG, ORANG BAIKLAH DENGAN KITA. KALAU SEBALIKNYA.. BENDA YANG SEBALIKNYA JUGA AKAN JADI.

Rasanya. sampai disini sahaja aku punya entri kali ni. Hope, kau orang enjoy baca aku punye entri. jangan bosan-bosan. hehee

Wassalam.. peace.. ^_^

Saturday, April 13, 2013

Keburukan ICT kepada kanak-kanak.

Assalamualaikum ..
     Agak lama aku tak up date blog (cara macam ramai jer yang follow blog aku..hehehe.) Sebenarnya aku agak sibuk beberapa hari ni. Yela mana nak buat tugasan nak belajar. Peperiksaan dah nak dekat. Jadi masa untuk up date blog agak terhad. Tajuk untuk entri aku kali ini adalah Keburukan ICT kepada kanak-kanak. Kalau ikutkan bukan kepada kanak-kanak saja. Malah, keburukan ICT juga boleh memberi keburukan kepada yang dewasa sekiranya tidak digunakan dengan sebaiknya.
Tetapi, tajuk hari ini lebih tertumpu kepada kanak-kanak.
      Sebenarnya, tadi aku ada terbaca satu link yang di post oleh kawan aku di muka buku mengenai perkara ini. Jadi, tiba-tiba aku teingat sem yang lepas. Salah satu subjek sem lepas ada membincangkan mengenai perkara ini iaitu keburukan dan kebaikan ICT kepada kanak-kanak. Kami diagihkan kepada dua kumpulan. Kumpulan aku membincangkan mengenai keburukan ICT dan lagi satu kumpulan membincangkan kebaikannya. Selepas itu kami diminta untuk membahaskan atau berdebat mengenai perkara ini. Salah seorang pembahasnya adalah aku. Hehehe.. (kembang-kempis hidung.) Kami mengeluarkan hujah masing-masing yang telah dibincangkan. Salah satu isi daripada kumpulan aku iaitu keburukan ICT kepada kanak-kanak adalah Kanak-kanak menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat. Perkara ini memang betul, lihat saja kanak-kanak zaman sekarang pergi ke mana-mana pasti akan ada permainan di tangan. Apalagi kalau bukan I-Pad, Tablet dan telefon bimbit. Berbeza dengan kanak-kanak zaman dahulu dimana mereka lebih gemar bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan seperti teng-teng, guli, galah panjang dan sebagainya. Oleh disebabkan itu, kanak-kanak zaman kini kurang memberikan tumpuan di dalam pelajaran kerana otak mereka sentiasa memikirkan permainan yang ada di dalam tablet mereka. Malah, mereka juga leka dan akhirnya mereka menjadi malas untuk membuat perkara lain.
      Selain itu, apa yang dibimbangkan juga adalah penggunaan internet yang berleluasa. Kita dapat lihat hari ini juga kanak-kanak lebih mahir dalam penggunaan ICT ini berbanding orang dewasa. Oleh disebabkan itu, penggunaan internet kepada kanak-kanak perlu dikawal agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan. Hal ini kerana, bagi mengelakkan kanak-kanak membuka link atau apa sahaja yang tidak sepatutnya di tonton oleh kanak-kanak seawal mereka. Jika tidak dibendung maka hal seperti kejadian seksual boleh berlaku di sekolah atau di mana sahaja.
       Selain itu, keburukan ICT ini juga kepada kanak-kanak ialah penggunaan bahasa dan frasa yang salah. Hal ini risau ia akan mempengaruhi kanak-kanak yang baru ingin mengenal bahasa yang betul dan cuba untuk bercakap dengan lancar. Kadang-kala penggunaan frasa di dalam internet terdapat sedikit kesalahan yang boleh mengelirukan pembaca apatah lagi kanak-kanak. Oleh itu, mereka harus dikawal agar tidak terlalu mengikut apa yang di baca di dalam internet.
       Sebenarnya terdapat juga kebaikan ICT kepada kanak-kanak kerana penggunaan ICT ini terdapat keburukan dan kebaikan. Pucuk pangkalnya adalah ibubapa. Jika betul cara ibu bapa mengawal dan memberi didikan kepada anak-anak mereka mengenai penggunaan ICT. Kalau ikutkan, tidak semua kanak-kanak yang menjadi seperti yang di atas, sesetengah daripada mereka tahu cqra penggunaan yang betul dan mereka mampu berdikari. Masalah-masalah keburukan itu tidak akan terjadi di dalam kalangan kanak-kanak khususnya jika ibubapa tahu cara untuk mengawal mereka. Oleh itu, beringatlah sebelum kena. Jika tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk kepada kanak-kanak hari ini. Berwaspadalah daripada sekarang.
 ( Rasa macam pakar motivasi pula..hehehe)
   Rasanya sampai sini sajalah cerita aku.Harap-harap entri ini mampu membantu kalian dan mereka diluar sana.
    Segala yang baik datangnya daripada ALLAH..
    Yang buruk datangnya daripada saya sendiri.. 

SEKIAN TERIMA KASIH. ^_^

Sunday, February 17, 2013

Kesalahan ejaan membawa keburukan kepada kanak-kanak

Assalamualaikum..
      Kalau di lihat daripada topik yang aku nak bincang hari ini adalah mengenai kanak-kanak. Beberapa hari yang lepas. Aku ada pergi ke rumah seorang kawan emak aku, apa yang aku dapat lihat adalah satu tikar yang comel. Zaman sekarang kalau kau orang perasan ada tikar yang untuk kanak-kanak yang ada macam-macam gambar animasi. Aku tahu pun sebab emak aku ada beli, dan aku pernah lihat saudara-mara aku pakailah.
        Apa yang aku nak cerita adalah gambar animasi yang terdapat pada tikar kawan emak aku itu adalah gambar haiwan, buah serta nama haiwan dan buah itu. Maksudnya kanak-kanak dapat belajar jenis haiwan, nama haiwan dan nama buah-buahan. Apa yang aku tidak puas hati adalah kesalahan ejaan dan kesalahan nama haiwan. Aku tidak tahu tikar itu daripada mana dan apa yang aku tahu ia amat tidak bersesuaian untuk kanak-kanak belajar.

       Tak seronok kan kalau cerita tidak ada gambar. Aku sempatlah snap beberapa kesalahan yang terdapat dekat tikar tu.(Slumber tak..hehehe..)


Ini kesalahan yang paling ketara. Selama aku hidup tak pernah pula aku sebut ZIRAFAH  sebagai JERAPAH..


ELANG. Setahu aku ini adalah HELANG. Permulaannya huruf H.

 

TOMATO jadi TOMAT. Juga, QURMA sepatutnya ejaan yang betul adalah KURMA.

 


APEL. yang betul adalah EPAL. Huruf E permulaanya bukan A



Jadi kau orang kalau lepas ini nak beli tikar macam ini tolonglah peka. Mungkin sesetengan pihak mengganggap perkara ini kecil. Tapi bagi aku besar dan lain orang lain pendapat. Betul tak.??

Apa yang aku risaukan adalah kanak-kanak. Bila terdapat kesalahan sebegini ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting agar mereka tidak mengikut perkara yang salah.


Sampai sini sahaja lah. Masalah yang dapat aku kupaskan. Jika mempunyai pendapat bolehlah berikan dan tegurlah aku jika, aku membuat silap.

Sekian terima kasih. Wassalam.. ^_^


Wednesday, February 13, 2013

Opick ~ Rapuh (Tentang Dhia)



MAAFKANLAH..BILA HATI.. 
TAK SEMPURNA.. MENCINTAI MU.. 
DALAM DADA KU HARAP HANYA ..
DIRIMU YANG BERTAKHTA..

Salah satu lagu kegemaran aku.. Sayu dan tenang hati bila dengar lagu ni.. ^_^

Terima kasih kerana mengajar..

Assalamualaikum.. and very good night.. ahaha.. cam pelik jer ayat..

      Kau orang mesti dapat teka tajuk aku kali ini pasal siapa.. kan, kan, kan.. (peace..buat muka comel plak..hee). Okey..cerita dia macam ini.. Pada zaman dahulu.. (skema pulak ayat). Ok, sorry.. cerita die macam ni.. Hari ini aku ada ganti guru yang mengajar murid darjah satu. Hari ini, ajar dia orang tak adalah tension sangat. Sebab murid-murid aku ni dengar cakap..haha..ok,dah mula merepek pula. Sebelum balik, macam biasa dia orang baca doa then ucapkan terima kasih. Tapi, ada satu perkara yang mengagumkan aku ialah time salam dengan aku(aku kalau salam cikgu tak kata apa-apa dah.Salam terus chow hehe..jahat kan..).
       Tapi, tersangatlah comel diaorang ni. Lepas salam, then ada beberapa orang murid cakap TERIMA KASIH USTAZAH KERANA MENGAJAR HARI INI   (Ok..kau orang nampak kan..aku siap highlight lagi..hehehe) Kalau kau orang jadi aku, apa kau orang rasa time tu. ok fine, kalau kau orang rasa itu perkara biasa. Tapi bagi aku, itu perkara LUAR BIASA. Terharu sangat time tu, sebab aku rasa di hargai oleh seorang guru, walaupun hanya menggalas tugas sebagai guru ganti. Betul kata orang. TUGAS SEORANG GURU INI SANGATLAH MULIA .. Lagipun GURU DAN PELAJAR ITU KAN SALING MELENGKAPI ...

Doa saya: Semoga murid-murid tadi akan sentiasa berbakti dan berbuat baik dengan ibu bapa, guru dan masyarakat, agama dan negara. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Juga sentiasa mengingati ALLAH sebagai pencipta mu anak-anak. ^_^

p/s: BERBUAT BAIKLAH DENGAN GURU. INSYALLAH ILMU YANG DIPEROLEHI ITU AKAN MENDAPAT KEBERKATAN.

Hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu 
tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari daripada guru”

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH,
Yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Semoga cerita saya menjadi tauladan kepada pembaca.... Sekian wassalam.. ^_^




Saturday, January 26, 2013

Ikan Bilis

Assalamualaikum... dan selamat malam...
        Korang tengok tajuk aku mesti pelik kan. Apa motif aku nak bercerita pasal IKAN BILIS . Al-kisahnya, macam ni. Semalam aku teman mak dengan ayah aku pergi beli barang dapur (ciri-ciri anak solehah..hahha). Then, pergi lah dekat kedai jual ikan bilis dengan ikan masin.
        Apa yang aku nak story adalah. Selama ni, kalau aku makan ikan bilis aku tak pernah tahu pun jenis-jenis ikan  bilis tu  . Semalam lah baru aku tau ikan bilis tu ada nama. Contohnya, ikan bilis pek-boot, ikan bilis pek-pak, ikan bilis kopek empat dan ada lagilah. Selama aku makan, aku main bedal jer. Sejujurnya, aku tak tahu pun apa beza ikan bilis tu. Aku tengok semua sama jer.. hehhee. Persoalannya, macam manalah mereka-mereka semua diluar sana tahu nama-nama ikan bilis tu. (skema ayat..hahaa). Kemungkinan, mengikut firasat aku la. Aku rasa dorang mungkin buat kajian kot, yela..aku ni tak da la rajin sangat nak kaji nama-nama ikan bilis ni. Sekurang-kurangnya, dapatlah sedikit pengetahuan yang aku tak pernah tahu.
        Kesimpulannya, rajin-rajinlah teman emak pergi beli barang dapur ye. Sekurang-kurangnya dapatlah tahu nama-nama makanan yang kita tak pernah tahu. Macam aku.. hehe.. (macam tak kene je kesimpulan ni..haha)

        (sebenarnya ada gambar nama-nama ikan bilis tu yang sempat aku snap.tapi ada problemo yang tak dapat dielakkan. So, aku tak dapat lah nak masukkan gambar.. huuu.. jadi, korang bayangkan jelah apa yang aku citer ni.) 

       Okeylah.. sampai sini saja cerita yang nak di kongsi. Kalau cerita ni boleh menimbulkan rasa marah ke atau rasa apa-apa jela.. Aku minta maaf, kerana niat aku bukan nak mengutuk sesiapa. Cuma nak berkongsi apa yang aku alami.
     Jika terdapat silap dan salah mohon maaf di pinta yer. ^_^

       SEKIAN... WASSALAM... ^_^

Wednesday, January 23, 2013

Jangan Takut Kahwin Muda

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul.
     
        Hari ini, aku nak berkongsi sedikit satu topik yang agak menarik pada pendapat aku. Topik ni aku baca dalam sebuah artikel di facebook. Rasanya mungkin ramai da pernah baca kot. Topiknya adalah JANGAN TAKUT KAHWIN MUDA. Kadang-kadang aku terfikir juga, apa akan jadi sekiranya jodoh aku da sampai dan aku kahwin ketika berusia 19 tahun ini (haa..jeng jeng..berangan sat..hahaha)... Gerun kan... 
        Yelah.. bila kahwin muda ni, mesti akan menjadi buah mulut orang sekeliling. Pasti pelbagai soalan yang timbul. Mampu ke tidak? Boleh ke menjadi suami atau isteri yang baik? Tetapi, sebenarnya menurut pendapat akula.. Aku ni bukanlah pandai sangat nak memberi motivasi atau nasihat (kalau salah maaf yer..tapi ini pendapat je kan..).
        Pendapat aku, tidak perlu lah fikirkan apa yang orang kata. Apa yang penting, kita sudah bersedia untuk menghadapi perubahan dan yakin dengan segala kemampuan diri kita. Kahwin ni kan bukan benda main-main, bukan nak kahwin setakat dua tiga hari. Tapi untuk selama-lamanya. Kahwin muda ni sebenarnya seronok(ceh, macam aku da kawin je..hahah). Yela, bila kita kahwin. Secara tidak langsung kita dapat mengelakkan diri daripada maksiat. Juga mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Kalau was-was juga, mintak bantuan daripada ALLAH. Dia sentiasa tahu apa yang ada di dalam hati setiap hamba-NYA. InsyaALLAH, segala-galanya akan dipermudahkan dengan bantuan ALLAH. ALLAH maha Mendengar apa yang di minta oleh hamba-NYA. Yang penting IKHLAS .. ^_^ 
        Jika benar sesuatu keputusan yang di buat. InsyaALLAH, ALLAH akan memberi kan petunjuk dan kemudahan kepada kita untuk menempuhnya. Yakin dengan ALLAH dan berterusan lah memohon kepadaNYA .. ^_^
     
                 oklah.. aku rasa sampai sini jer benda yang nak di kongsi. hope, enjoy baca blog ini.
Jika terdapat silap dan salah. mohon maaf.
                   Yang baik itu datangya dari ALLAH
                Yang buruk itu datangya dari saya sendiri..

 SEKIAN.. WASSALAM.. ^_^

Tuesday, January 22, 2013

Najwa Latif - AdaMu | Official Music Video




SETIA HUJUNG NYAWA ..<3

Pengalaman baru


Assalamualaikum kenalan yang baru...

     Hari ini SELASA, 22.Januari.2013... Blog ini di tubuhkan..tepat jam 10.00 malam .. Harapan pada pembaca sekalian (jika ada..hhehe) .. Pertolongan dan tunjuk ajar kalaian amat saya   alu-alukan. Saya bukanlah mahir sangat dalam bidang penulisan.. Jadi,sekiranya ada kesilapan mohon maaf. Saya juga hanyalah insan biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

   Yang baik datangnya daripada ALLAH,
Yang buruk datangnya daripada SAYA sendiri..
 sampai sini sajalah nukilan saya. Jumpa lagi. saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk blog ini. InsyaLLAH .. SEKIAN.. ^_^