Assalamualaikum.. Rasanya sudah lama aku tak menjengah ke blog aku ni. Terlampau sibuk dan tak ada masa untuk melawat. Ini lah jadinya.
Sepanjang ini juga pelbagai perkara yang aku hadapi dan lalui. Syukur kepada ALLAH kerana memberi aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi semua ini. Sem baru bermula. Minta-minta semuanya dalam keadaan baik sepanjang sem kuliah berjalan dengan lancar. Tahun akhir tahun ini. InsyaALLAH.. kejayaan menjadi milik aku dan rakan - rakan seperjuangan.
Apabila kita berusaha, kita istiqomah , berdoa kepada ALLAH.. Menjaga hubungan sesama manusia dan ALLAH. Menjaga hati, mulut dan kelakuan. InysaALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar.
.. ^_^ Hablu minaALLAH.. Hablu minannas..
Friday, March 7, 2014
Thursday, July 25, 2013
GAYA BAHASA DALAM KOMPONEN SASTERA
ASONANSI ialah perulangan bunyi vokal dalam baris :
Anak ayam biasa mencakar abu sekam di sana (bunyi vokal a)
ALITERASI ialah perulangan bunyi konsonan dalam baris :
Kekasihku hilang entah ke mana (bunyi konsonan k)
ANAFORA pula ialah perulangan awal baris pada baris seterusnya :
awan berarak menghilang
awan bersinar mendung jiwaku
(awan diulang 2 kali pada baris 1 dan 2)
RESPONSI pula ialah perulangan kata pada tengah baris yang berikutnya
Sayang indah pergi Johor
Dia yang kupinta pergi datang
(pergi diulang 2 kali pada baris 1 dan 2)
EPIFORA pula adalah sebaliknya dengan anafora itu perulangan kata akhir baris pada baris berikutnya :
tembamnya pipiku seenak nangka madu berulas
pipinya indah tapi tak sama denganku yang berulas
(kata berulas diulang di akhir baris 1 dan 2)
SIMILE Ialah sesuatu bandingan yang menggunakan kata bagai, umpama, seperti dan bak dalam sesuatu baris sajak :
letihku bagai setahun bertapa
seperti meraung harimau bunyinya kereta
cintaku kejauhan umpama pungguk dan bulan
esakan sedihnya bak anak kehilangan ibunya
PERSONAFIKASI iaitu unsur-unsur bukan manusia yang diberikan sifat perbuatan / tindak tanduk manusia :
pohon nyiur melambai-lambai
ombak berhambur kejar mengejar
METAFORA iaitu unsur-unsur konkrit yang dibandingkan dengan unsur tidak konkrit (tidak boleh disentuh/rasa ) :
Tekukur temanku mesra
Lautan membiru beralun duka
Ombak rindu membadai hatinya yang lara
HIPERBOLA bermaksud perbandingan yang melampau :
lautan api sanggup kurenangi
seribu tahun kembali juga
INVERSI bermaksud gaya bahasa terbalik :
Aduhai adinda berpesan adik
sepatutnya - Aduhai adinda adik berpesan
SINKOF bermaksud singkatan yang digunakan dalam puisi atau prosa :
pipinya indah tapi tak sama denganku yang berulas
Tekukur temanku mesra
ALUSI: Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk kepada sesuatu
peristiwa atau tokoh besar.
Contoh: Kehebatan Abu Bakar
Kemusnahan perang
AMBIGUITI: Sejenis gaya bahasa yang mempunyai pengertian/tafsiran yang lebih
daripada satu makna/maksud.
daripada satu makna/maksud.
Contoh: Pasang
Mereka
AFORISMA:
Kata-kata pujangga/kata-kata hikmat
Contoh: Patah tumbuh hilang berganti
Berpantang maut sebelum ajal
APAKOP:
Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat.
Contoh: Bukan duit yang diutamakan.
Tidak bercakap dengan orang ramai.
BAHASA PERBANDINGAN LANGSUNG:
Sejenis gaya/unsur bahasa yang menggunakan kata kopula /penegas
dalam ayat.
dalam ayat.
Contoh: Kau adalah ibu pertiwiku/ Malaysia ialah tanah airku.
BAHASA KLASIK/LAMA:
Contoh: Hatta /sahibul hikayat /syahdan /maka /riwayat /arakian
BAHASA ISTANA:
Contoh: ampun /dipersembahkan /daulat tuanku /ke bawah duli tuanku /ayapan
BAHASA ASING ( INGGERIS/ARAB ):
Contoh: nite club /syiling /virus /sindrom /salam /syukur /tafsir /insya-Allah Taala.
BAHASA DAERAH:
Contoh: inak-inak /merayap mesiu /nanar /beroyat.
RESPONSIF:
Pengulangan perkataan yang sama di tengah baris/ayat secara berturut.
Contoh: Asalkan bergaya itulah kaya
Asalkan berkilat itulah intan

EPIFORA:
Pengulangan perkataan yang sama di akhir baris/ayat secara berturut.
Contoh: Susah buatan sendiri
Akhirnya menyesal diri sendiri

DIFTONG:
Gabungan dua huruf vokal menjadi satu bunyi dalam perkataan.
Contoh: Kuala/piala/harimau/gua.

SIMBOL/IMEJ/PERLAMBANGAN
Contoh: ombak /kapas /merpati /neraka /darah /bunga /bulan.

DIKSI TEPAT/MENARIK/BERKESAN:
Contoh: rincis /menggapai /meratah /senggara /fenomena /flora dan fauna /pawana.
ALKAIS/KLISE:
Bahasa/perkataan usang yang hampir pupus kerana jarang sekali digunakan.
Contoh: Ilmu hisab /tawarikh /khutub khanah /kolah /ilmu alam.
SATIRA
Bahasa/ayat yang membawa maksud sindiran/mengenakan seseorang.
Contoh: Janda mata duitan itu /perempuan ibu ayam /ayam menang kampung tergadai.

KONTRADIKSI/PARADOK:
Bahasa /ayat yang membawa maksud berlawanan /berlainan dengan maksud asal.
Contoh: Aku ketawa dalam kesedihan /hidupnya kaya dengan kemiskinan.
DIALOG:
Perbualan/percakapan lebih daripada seorang watak /pelakon.
BAHASA BERIRAMA/RUNS:
Contoh: Yang buta datang bertongkat, yang kurap memikul buluh, yang pekak memasang meriam. Hebat nabi kerana mukjizat, hebat manusia kerana muafakat. Bulat manusia kerana muafakat bulat air kerana pembentung. Ke gunung sama di daki ke lurah sama dituruni. Hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah.
BAHASA MELANKOLIK:
Bahasa/ayat yang membawa maksud sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu.
Contoh: Si pengemis itu menitis air mata mengenangkan nasib malang dirinya yang sebatang kara/Bagiku dalam hidup ini tidak ada lagi rasa gembira kerana yang selebihnya ialah kesedihan dan penderitaan.

Tuesday, June 18, 2013
SAHABAT
Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak memasukkan entri blog ni.. hurrmm..
Nak cerita pasal ap ek..
Rasenya da lama tak update blog ni..macam-macam benda yang terjadi dalam diri aku.. Means.. hal peribadi.. (tak nak kongsi pun.. )
Entri kali ini. Aku nak bercerita mengenai sahabat. Bukan sahabat aku je. Semua sahabat la.
Perkataan SAHABAT... KAWAN, RAKAN.. perkataan yang berbeza..tp mempunyai makna yang sama.
Kawan ramai sangat yang boleh dijumpai, dimiliki... Tapi.. nak cari yang BETUL-BETUL SAHABAT, BETUL-BETUL KAWAN.. HANYA SATU DALAM SERIBU,.. ATAU SATU DALAM SEJUTA.. ATAU MUNGKIN.. DALAM MIMPI JE..
Pengalaman aku berkawan.. Actually, rakan-rakan aku semua bagus-bagus, baik-baik .. dan paling best .. Kawan-kawan aku ni.. gila-gila dan sporting. Kalau dengan dia orang je. Tak sah kalau tak gelak. Kadang-kadang gelak rasa macam sampai nak pecah perut.
Tapi itula. Kadang-kadang dalam berkawan pun. Tidak sah kalau tak terasa hati, sentap dan sebagainya. Gurau-gurau then tetibe tersentap. Salah faham pun ada. Sebenarnya, semua benda tu. menguji tahap kesabaran kita dan cara kita mengawal masalah yang datang.
Sebab itula.. bila ada yang terasa hati. Perlu adanya sesi perbincangan dan luahan hati. (Maknanya face to face, luahkan apa yang tak puas hati.. Jangan cakap-cakap belakang)
Bila da face to face. Tengok jela.. mesti ada salah seorang akan turunkan "hujan" .. Terasa dengan perbuatan kawan-kawan. Masa tula.. keluar semua suara besar, marah-marah, dan macam-macam la.
Rasa kelakar pun ada.
Tapi tula. Walau siapa pun dia, buruk macam mana pun dia. Bila dia sering bersama kita susah dan senang, sering membahagiakan hari-hari kita dan sering memahami kita. dia tetap SAHABAT SEJATI.
KALAU KITA NAK ORANG MEMAHAMI KITA, KITA KENALAH MEMAHAMI ORANG LAIN.
KALAU NAK ORANG MENGHARGAI KITA, KITA KENALAH MENGHARGAI ORANG LAIN.
Semua benda tu. berbalik dekat kita. KALAU KITA BAIK DENGAN ORANG, ORANG BAIKLAH DENGAN KITA. KALAU SEBALIKNYA.. BENDA YANG SEBALIKNYA JUGA AKAN JADI.
Rasanya. sampai disini sahaja aku punya entri kali ni. Hope, kau orang enjoy baca aku punye entri. jangan bosan-bosan. hehee
Wassalam.. peace.. ^_^

Saturday, April 13, 2013
Keburukan ICT kepada kanak-kanak.
Assalamualaikum ..
Agak lama aku tak up date blog (cara macam ramai jer yang follow blog aku..hehehe.) Sebenarnya aku agak sibuk beberapa hari ni. Yela mana nak buat tugasan nak belajar. Peperiksaan dah nak dekat. Jadi masa untuk up date blog agak terhad. Tajuk untuk entri aku kali ini adalah Keburukan ICT kepada kanak-kanak. Kalau ikutkan bukan kepada kanak-kanak saja. Malah, keburukan ICT juga boleh memberi keburukan kepada yang dewasa sekiranya tidak digunakan dengan sebaiknya.
Tetapi, tajuk hari ini lebih tertumpu kepada kanak-kanak.
Sebenarnya, tadi aku ada terbaca satu link yang di post oleh kawan aku di muka buku mengenai perkara ini. Jadi, tiba-tiba aku teingat sem yang lepas. Salah satu subjek sem lepas ada membincangkan mengenai perkara ini iaitu keburukan dan kebaikan ICT kepada kanak-kanak. Kami diagihkan kepada dua kumpulan. Kumpulan aku membincangkan mengenai keburukan ICT dan lagi satu kumpulan membincangkan kebaikannya. Selepas itu kami diminta untuk membahaskan atau berdebat mengenai perkara ini. Salah seorang pembahasnya adalah aku. Hehehe.. (kembang-kempis hidung.) Kami mengeluarkan hujah masing-masing yang telah dibincangkan. Salah satu isi daripada kumpulan aku iaitu keburukan ICT kepada kanak-kanak adalah Kanak-kanak menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat. Perkara ini memang betul, lihat saja kanak-kanak zaman sekarang pergi ke mana-mana pasti akan ada permainan di tangan. Apalagi kalau bukan I-Pad, Tablet dan telefon bimbit. Berbeza dengan kanak-kanak zaman dahulu dimana mereka lebih gemar bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan seperti teng-teng, guli, galah panjang dan sebagainya. Oleh disebabkan itu, kanak-kanak zaman kini kurang memberikan tumpuan di dalam pelajaran kerana otak mereka sentiasa memikirkan permainan yang ada di dalam tablet mereka. Malah, mereka juga leka dan akhirnya mereka menjadi malas untuk membuat perkara lain.
Selain itu, apa yang dibimbangkan juga adalah penggunaan internet yang berleluasa. Kita dapat lihat hari ini juga kanak-kanak lebih mahir dalam penggunaan ICT ini berbanding orang dewasa. Oleh disebabkan itu, penggunaan internet kepada kanak-kanak perlu dikawal agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan. Hal ini kerana, bagi mengelakkan kanak-kanak membuka link atau apa sahaja yang tidak sepatutnya di tonton oleh kanak-kanak seawal mereka. Jika tidak dibendung maka hal seperti kejadian seksual boleh berlaku di sekolah atau di mana sahaja.
Selain itu, keburukan ICT ini juga kepada kanak-kanak ialah penggunaan bahasa dan frasa yang salah. Hal ini risau ia akan mempengaruhi kanak-kanak yang baru ingin mengenal bahasa yang betul dan cuba untuk bercakap dengan lancar. Kadang-kala penggunaan frasa di dalam internet terdapat sedikit kesalahan yang boleh mengelirukan pembaca apatah lagi kanak-kanak. Oleh itu, mereka harus dikawal agar tidak terlalu mengikut apa yang di baca di dalam internet.
Sebenarnya terdapat juga kebaikan ICT kepada kanak-kanak kerana penggunaan ICT ini terdapat keburukan dan kebaikan. Pucuk pangkalnya adalah ibubapa. Jika betul cara ibu bapa mengawal dan memberi didikan kepada anak-anak mereka mengenai penggunaan ICT. Kalau ikutkan, tidak semua kanak-kanak yang menjadi seperti yang di atas, sesetengah daripada mereka tahu cqra penggunaan yang betul dan mereka mampu berdikari. Masalah-masalah keburukan itu tidak akan terjadi di dalam kalangan kanak-kanak khususnya jika ibubapa tahu cara untuk mengawal mereka. Oleh itu, beringatlah sebelum kena. Jika tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk kepada kanak-kanak hari ini. Berwaspadalah daripada sekarang.
( Rasa macam pakar motivasi pula..hehehe)
Rasanya sampai sini sajalah cerita aku.Harap-harap entri ini mampu membantu kalian dan mereka diluar sana.
Segala yang baik datangnya daripada ALLAH..
Yang buruk datangnya daripada saya sendiri..
SEKIAN TERIMA KASIH. ^_^

Sunday, February 17, 2013
Kesalahan ejaan membawa keburukan kepada kanak-kanak
Assalamualaikum..
Kalau di lihat daripada topik yang aku nak bincang hari ini adalah mengenai kanak-kanak. Beberapa hari yang lepas. Aku ada pergi ke rumah seorang kawan emak aku, apa yang aku dapat lihat adalah satu tikar yang comel. Zaman sekarang kalau kau orang perasan ada tikar yang untuk kanak-kanak yang ada macam-macam gambar animasi. Aku tahu pun sebab emak aku ada beli, dan aku pernah lihat saudara-mara aku pakailah.
Apa yang aku nak cerita adalah gambar animasi yang terdapat pada tikar kawan emak aku itu adalah gambar haiwan, buah serta nama haiwan dan buah itu. Maksudnya kanak-kanak dapat belajar jenis haiwan, nama haiwan dan nama buah-buahan. Apa yang aku tidak puas hati adalah kesalahan ejaan dan kesalahan nama haiwan. Aku tidak tahu tikar itu daripada mana dan apa yang aku tahu ia amat tidak bersesuaian untuk kanak-kanak belajar.
Tak seronok kan kalau cerita tidak ada gambar. Aku sempatlah snap beberapa kesalahan yang terdapat dekat tikar tu.(Slumber tak..hehehe..)
Jadi kau orang kalau lepas ini nak beli tikar macam ini tolonglah peka. Mungkin sesetengan pihak mengganggap perkara ini kecil. Tapi bagi aku besar dan lain orang lain pendapat. Betul tak.??
Kalau di lihat daripada topik yang aku nak bincang hari ini adalah mengenai kanak-kanak. Beberapa hari yang lepas. Aku ada pergi ke rumah seorang kawan emak aku, apa yang aku dapat lihat adalah satu tikar yang comel. Zaman sekarang kalau kau orang perasan ada tikar yang untuk kanak-kanak yang ada macam-macam gambar animasi. Aku tahu pun sebab emak aku ada beli, dan aku pernah lihat saudara-mara aku pakailah.
Apa yang aku nak cerita adalah gambar animasi yang terdapat pada tikar kawan emak aku itu adalah gambar haiwan, buah serta nama haiwan dan buah itu. Maksudnya kanak-kanak dapat belajar jenis haiwan, nama haiwan dan nama buah-buahan. Apa yang aku tidak puas hati adalah kesalahan ejaan dan kesalahan nama haiwan. Aku tidak tahu tikar itu daripada mana dan apa yang aku tahu ia amat tidak bersesuaian untuk kanak-kanak belajar.
Tak seronok kan kalau cerita tidak ada gambar. Aku sempatlah snap beberapa kesalahan yang terdapat dekat tikar tu.(Slumber tak..hehehe..)
Ini kesalahan yang paling ketara. Selama aku hidup tak pernah pula aku sebut ZIRAFAH sebagai JERAPAH.. |
ELANG. Setahu aku ini adalah HELANG. Permulaannya huruf H. |
TOMATO jadi TOMAT. Juga, QURMA sepatutnya ejaan yang betul adalah KURMA. |
APEL. yang betul adalah EPAL. Huruf E permulaanya bukan A |
Apa yang aku risaukan adalah kanak-kanak. Bila terdapat kesalahan sebegini ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting agar mereka tidak mengikut perkara yang salah.
Sampai sini sahaja lah. Masalah yang dapat aku kupaskan. Jika mempunyai pendapat bolehlah berikan dan tegurlah aku jika, aku membuat silap.
Sekian terima kasih. Wassalam.. ^_^
Wednesday, February 13, 2013
Opick ~ Rapuh (Tentang Dhia)
MAAFKANLAH..BILA HATI..
TAK SEMPURNA.. MENCINTAI MU..
DALAM DADA KU HARAP HANYA ..
DIRIMU YANG BERTAKHTA..
Salah satu lagu kegemaran aku.. Sayu dan tenang hati bila dengar lagu ni.. ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)