Thursday, July 25, 2013
GAYA BAHASA DALAM KOMPONEN SASTERA
ASONANSI ialah perulangan bunyi vokal dalam baris :
Anak ayam biasa mencakar abu sekam di sana (bunyi vokal a)
ALITERASI ialah perulangan bunyi konsonan dalam baris :
Kekasihku hilang entah ke mana (bunyi konsonan k)
ANAFORA pula ialah perulangan awal baris pada baris seterusnya :
awan berarak menghilang
awan bersinar mendung jiwaku
(awan diulang 2 kali pada baris 1 dan 2)
RESPONSI pula ialah perulangan kata pada tengah baris yang berikutnya
Sayang indah pergi Johor
Dia yang kupinta pergi datang
(pergi diulang 2 kali pada baris 1 dan 2)
EPIFORA pula adalah sebaliknya dengan anafora itu perulangan kata akhir baris pada baris berikutnya :
tembamnya pipiku seenak nangka madu berulas
pipinya indah tapi tak sama denganku yang berulas
(kata berulas diulang di akhir baris 1 dan 2)
SIMILE Ialah sesuatu bandingan yang menggunakan kata bagai, umpama, seperti dan bak dalam sesuatu baris sajak :
letihku bagai setahun bertapa
seperti meraung harimau bunyinya kereta
cintaku kejauhan umpama pungguk dan bulan
esakan sedihnya bak anak kehilangan ibunya
PERSONAFIKASI iaitu unsur-unsur bukan manusia yang diberikan sifat perbuatan / tindak tanduk manusia :
pohon nyiur melambai-lambai
ombak berhambur kejar mengejar
METAFORA iaitu unsur-unsur konkrit yang dibandingkan dengan unsur tidak konkrit (tidak boleh disentuh/rasa ) :
Tekukur temanku mesra
Lautan membiru beralun duka
Ombak rindu membadai hatinya yang lara
HIPERBOLA bermaksud perbandingan yang melampau :
lautan api sanggup kurenangi
seribu tahun kembali juga
INVERSI bermaksud gaya bahasa terbalik :
Aduhai adinda berpesan adik
sepatutnya - Aduhai adinda adik berpesan
SINKOF bermaksud singkatan yang digunakan dalam puisi atau prosa :
pipinya indah tapi tak sama denganku yang berulas
Tekukur temanku mesra
ALUSI: Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk kepada sesuatu
peristiwa atau tokoh besar.
Contoh: Kehebatan Abu Bakar
Kemusnahan perang
AMBIGUITI: Sejenis gaya bahasa yang mempunyai pengertian/tafsiran yang lebih
daripada satu makna/maksud.
daripada satu makna/maksud.
Contoh: Pasang
Mereka
AFORISMA:
Kata-kata pujangga/kata-kata hikmat
Contoh: Patah tumbuh hilang berganti
Berpantang maut sebelum ajal
APAKOP:
Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat.
Contoh: Bukan duit yang diutamakan.
Tidak bercakap dengan orang ramai.
BAHASA PERBANDINGAN LANGSUNG:
Sejenis gaya/unsur bahasa yang menggunakan kata kopula /penegas
dalam ayat.
dalam ayat.
Contoh: Kau adalah ibu pertiwiku/ Malaysia ialah tanah airku.
BAHASA KLASIK/LAMA:
Contoh: Hatta /sahibul hikayat /syahdan /maka /riwayat /arakian
BAHASA ISTANA:
Contoh: ampun /dipersembahkan /daulat tuanku /ke bawah duli tuanku /ayapan
BAHASA ASING ( INGGERIS/ARAB ):
Contoh: nite club /syiling /virus /sindrom /salam /syukur /tafsir /insya-Allah Taala.
BAHASA DAERAH:
Contoh: inak-inak /merayap mesiu /nanar /beroyat.
RESPONSIF:
Pengulangan perkataan yang sama di tengah baris/ayat secara berturut.
Contoh: Asalkan bergaya itulah kaya
Asalkan berkilat itulah intan
Pengulangan perkataan yang sama di tengah baris/ayat secara berturut.
Contoh: Asalkan bergaya itulah kaya
Asalkan berkilat itulah intan
EPIFORA:
Pengulangan perkataan yang sama di akhir baris/ayat secara berturut.
Contoh: Susah buatan sendiri
Akhirnya menyesal diri sendiri
Pengulangan perkataan yang sama di akhir baris/ayat secara berturut.
Contoh: Susah buatan sendiri
Akhirnya menyesal diri sendiri
DIFTONG:
Gabungan dua huruf vokal menjadi satu bunyi dalam perkataan.
Contoh: Kuala/piala/harimau/gua.
Gabungan dua huruf vokal menjadi satu bunyi dalam perkataan.
Contoh: Kuala/piala/harimau/gua.
SIMBOL/IMEJ/PERLAMBANGAN
Contoh: ombak /kapas /merpati /neraka /darah /bunga /bulan.
Contoh: ombak /kapas /merpati /neraka /darah /bunga /bulan.
DIKSI TEPAT/MENARIK/BERKESAN:
Contoh: rincis /menggapai /meratah /senggara /fenomena /flora dan fauna /pawana.
ALKAIS/KLISE:
Bahasa/perkataan usang yang hampir pupus kerana jarang sekali digunakan.
Contoh: Ilmu hisab /tawarikh /khutub khanah /kolah /ilmu alam.
SATIRA
Bahasa/ayat yang membawa maksud sindiran/mengenakan seseorang.
Contoh: Janda mata duitan itu /perempuan ibu ayam /ayam menang kampung tergadai.

KONTRADIKSI/PARADOK:
Bahasa /ayat yang membawa maksud berlawanan /berlainan dengan maksud asal.
Contoh: Aku ketawa dalam kesedihan /hidupnya kaya dengan kemiskinan.
DIALOG:
Perbualan/percakapan lebih daripada seorang watak /pelakon.
BAHASA BERIRAMA/RUNS:
Contoh: Yang buta datang bertongkat, yang kurap memikul buluh, yang pekak memasang meriam. Hebat nabi kerana mukjizat, hebat manusia kerana muafakat. Bulat manusia kerana muafakat bulat air kerana pembentung. Ke gunung sama di daki ke lurah sama dituruni. Hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah.
BAHASA MELANKOLIK:
Bahasa/ayat yang membawa maksud sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu.
Contoh: Si pengemis itu menitis air mata mengenangkan nasib malang dirinya yang sebatang kara/Bagiku dalam hidup ini tidak ada lagi rasa gembira kerana yang selebihnya ialah kesedihan dan penderitaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)